//violetchocomilk

You've visited to MY WORLD.
Do tag before live my blog.
Please don't COPY anything without my permission!
if you want anything just ASK.
thanks for visiting here ! ^_^


Bold Underline strike



HELLO WORLD call me DIEBA si mata bolart. I'm the boss and the actress in my own world. You've stuck in my unprivate diary. Be nice here or i will make you cry!. HAHAHAHA










pray for Gaza


sini sedang sibuk bergembira
sana sedang sibuk menderita
sini bayi dibuang merata
sana bayi bergelimpangan
sini seronok melayan hiburan
sana sengsara berperangan
sini hidup berani mencuba sesuatu
sana hidup dalam ketakutan
sini seronok melayan muzik
sana ketakutan bunyi letupan

dunia semakin kejam
semua orang tahu tapi tetap berbeza
sini kejarkan kemewahan
sana kejarkan keamanan

bumi Islam
tapi mana perginya Islam?
mana perginya tangan-tangan Islam?
mereka perlukan bantuan
mana?
mana?
mana?

kini masyarakat dunia tidak bertindak pantas..situasi yg bakal berlanjutan adalah kemusnahan dan pertumpahan darah rakyat awam dalam perang kedua setelah peperangan Al-Furqan yg telah membuktikan kezaliman Israel yang mengganas ke atas Gaza pada tahun 2008-2009...sehingga kini, Israel tidak menghentikan serangan malah meneruskan serangan ke atas Gaza tanpa sebarang tindakan tegas oleh mana-mana agensi antarabangsa... 

pada  18 november, pesawat tentera Yahudi mengebom bangunan-bangunan milik kerajaan Hamas semalam selepas kabinet Israel meluluskan kerahan tenaga tentera simpanan sehingga 75 000 orang sebagai persiapan untuk menceroboh dari arah barat....serangan udara tersebut memusnahkan pejabat perdana menteri, Ismail Haniyah dan kementerian dalam negeri Palestin...para pegawai di Gaza memberitahu seramai 41 orang rakyat Palestin terbunuh termasuk 8 orang kanak-kanak dan seorang wanita mengandung sejak Israel memulakan serangan roketnya..pihak Israel mengancam untuk meningkatkan serangan ke atas Gaza biarpun usaha gencatan giat dijalankan bagi menghentikan serangan.... bedilan tentera Israel telah meragut enam lagi nyawa yang terdiri daripada 3 orang kanak-kanak dan seorang bayi berusia 18 bulan... angka korban terbaru itu kini menjadikan jumlah rakyat Palestin yang terkorban meningkat dan terus meningkat...

pada 19 november, Israel terus melancarkan serangan bom ke atas berpuluh-puluh kawasan yg dipercayai kubu perjuangan Palestin...pegawai hospital berkata, sebanyak 16 orang awam dan 2 komander sayap Jihad Islam terbunuh dan kira-kira 30 lagi penduduk Palestin cedera dalam serangan udara terbaru Israel itu...angka kematian meningkat kepada 98 orang ekoran  serangan rejim Zionis Israel ke atas Gaza sejak enam hari lalu...setiausaha PBB, Ban Ki-moon di jangka tiba di Kaherah bagi meningkatkan usaha untuk melaksanakan genjatan senjata yang diketuai Mesir...serangan Israel setakat ini menerima sokongan daripada Amerika Syarikat (AS) dan pemimpin Eropah yang menyifatkannya sebagai hak Israel untuk mempertahankan diri tetapi terdapat juga rayuan supaya serangan berkenaan ditamatkan...simpati terhadap Israel mungkin berkurangan dengan peningkatan jumlah korban penduduk Palestin di Gaza....


doa adalah senjata orang mukmin..selamatkanlah saudara mara kita di Gaza...sesungguhnya Allah mendengar setiap doa-doa kita...

"YA ALLAH !! SEBAGAIMANA ENGKAU PERNAH MENGHANTAR BURUNG-BURUNG ABABIL MENGHANCURKAN TENTERA BERGAJAH MUSYRIKIN, MAKA KAMI MEMOHON KEPADAMU YA ALLAH...TURUNKANLAH BANTUANMU KALI INI KEPADA ORANG-ORANG ISLAM DI PALESTIN, HANCURKANLAH REJIM ZIONIS..AMIN.."