//violetchocomilk

You've visited to MY WORLD.
Do tag before live my blog.
Please don't COPY anything without my permission!
if you want anything just ASK.
thanks for visiting here ! ^_^


Bold Underline strike



HELLO WORLD call me DIEBA si mata bolart. I'm the boss and the actress in my own world. You've stuck in my unprivate diary. Be nice here or i will make you cry!. HAHAHAHA










mencari kekuatan...
" Apabila kita asyik duduk termenung memikirkan nasib diri di sini... merenung jauh mereka di sana hidup penuh keseronokan dan kegembiraan.. namun, kita masih tak sedar tentang hakikat erti kebahagiaan yang sebenar-benarnya... "

ramai orang tersalah sangka tentang maksud ketenangan dalam hidupnya.. selalu orang mengaitkan ketenangan itu dengan faktor harta..dengan faktor kekayaan... walaupun itu boleh menjadi penyumbang tetapi itu bukan segala-galanya... betapa ramai orang yang berada dalam rumah yang besar, tidur di atas tilam yang empuk tetapi dia tidak lebih enak atau pun lenanya tidak nyenyak.. Bahkan ada orang yang tidur di pondok buruk, kadang-kadang dia lebih lena berbanding kita.. Ada orang yang berada di hadapannya hidangan yang hebat, lauk pauk yang bagus..tetapi lidahnya tidak enak.. lebih enak lagi orang yang makan kadang-kadang dengan satu dua mata lauk tetapi dia lebih sedap dan selesa makannya.. kata Hamka, lihatlah bagaimana Allah membahagi-bahagikan nikmat.. Semua orang sangka kalau orang itu ada rumah besar..ada makanan yang sedap..tentulah hidupnya bahagia dan tenang.. belum tentu !!

" tiada siapa mampu menghalang ketetapan Allah SWT "

Jika Allah hendak memberikan kebahagiaan kepada seseorang..DIA tidak boleh ditahan oleh apa-apa tangan sekalipun.. Jika Allah menghalang kebahagiaan kepada seseorang..DIA tidak boleh dihulur oleh apa-apa tangan sekalipun.. Jika Allah uruskan urusan kita dan Allah tidak serahkan diri kita kepada kita walaupun sekelip mata..dunia tidak boleh buat apa-apa tetapi mereka tidak boleh mencabar kebesaran Allah.. Jika Allah mengatur untuk kita apa yang orang sangka tewas, kita akan melihat kemenangan dari sisi Allah.. Apa yang orang rasa rugi, Allah akan memberikan keuntungan yang mana jalan-jalan manusia tak sangka tetapi Allah boleh mewujudkan keajaiban dalam kehidupan...

" apabila kita asyik mengeluh setiap kali ditimpa musibah "

tengoklah dunia ini...kadang-kadang manusia dia hilang suatu benda ini daripada dunia, kadang-kadang macam dia hilang segala-galanya...berapa banyak dalam hidup kita telah melalui keperitan hidup?? ketika kita kena keperitan, kita rasa kita tidak patut keluar daripadanya.. Tapi hari ini Allah telah keluarkan kita berada dalam keadaan yang baik.. Ketika kita ditimpa musibah tertentu,kita kata," HABISLAH AKU KALI NI ", tapi usia kita tetap berjalan... Kita masih lagi hidup dan makan dan menikmati kurniaan kehidupan ini.. Ketika kita kata...
" Ya Allah tolonglah aku, Ya Allah tolonglah aku, aku susah Ya Allah"
Hari ni kita pun telah lupa akan perkataan itu.. dan kita pun lupa kadang-kadang untuk bersyukur di atas pelbagai ranjang hidup yang telah Allah keluarkan kita daripadanya... kata Allah iman dia tambah..bukan kita kata, "pasal apalah Allah benci aku? apalah dosa aku?" tidak ! tidak ! kata Quran iman mereka bertambah.. mereka kata "cukuplah bagi kami Allah, DIAlah sebaik-baik tempat diserahkan urusan"

" pengalaman sering mematangkan kita..."

siapa yang tidak melaluinya tidak akan memahami maksudnya... orang-orang yang pernah hidup dan bertawakal,dia akan mengetahui tentang keajaiban bertawakal.. Bila hati insan bulat kepada YA RABB "Ya Allah aku serahkan urusan ini kepadaMU Ya Allah"

" kita sering lupa kita masih punya kehidupan di akhirat... "

apabila insan melihat dunia daripada dimensi akhirat, dia akan merasakan dunia ini sangat kecil..kehidupan ini sangat luas.. Nabi sebut di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim..Allah bawa pada hari akhirat,manusia yang paling derita dalam dunia ini dan masukkan dia secelup sahaja ke dalam syurga kemudian di keluarkan lalu ditanyanya..."wahai fulan.adakah kau pernah rasa derita dalam hidup?" Dia kata, "tak ! aku tak pernah derita pun dalam hidup ini" hanya kerana masuk sekelip mata di dalam syurga,lupa cerita derita.. Allah ambil manusia yang paling nikmat dalam dunia ini dan masukkan dia secelup sahaja ke dalam neraka lalu di keluarkan dia dan ditanya.."pernahkah kau merasai nikmat dalam hidup ini?" Dia kata, "tak !! aku tak pernah ada nikmat pun dalam hidup ini" hanya dengan satu celupan sahaja ke dalam neraka, manusia lupa segala kisah nikmat dalam hidupnya...

" masihkah kita teringat akan nikmat yang Allah berikan selama ini? "

kita selalu nak bersyukur kalau kita diberi benda baru dan kita lupa bahawasanya apa yang ada pada kita ini suatu nikmat yang besar... satu hamba Allah yang patah kakinya yang dia tidak pernah pun sebut dulu barangkali tak pernah teringat tentang nikmat kaki yang setiap hari dia pijak..tapi apabila satu hari dia sakit kaki...dia kata, "Ya Allah,bagilah balik kaki aku,sembuhkanlah balik" dia tahu besarnya nikmat kaki,nikmat tangan, nikmat sihat... kata Hamka, "yang ada ini sudah harapan kita".. yang kita ada ini harapan kita..tetapi insan, bukan salah untuk kita mengharapkan yang belum ada tetapi jangan lupa yang telah ada !

" bersyukurlah wahai diri ini... "

sebab tu sebahagian para sarjana menyebut, syukur kadang kala lebih tinggi makamnya daripada sabar.. Ramai orang terpaksa sabar tapi belum tentu orang yang dapat nikmat itu bersyukur..bila susah,nak kata apa? "sabar jela..nak buat apa" tapi untuk jadikan orang yang memiliki harta syukur di atas nikmat..." Ya Allah,apa sahaja yang aku alami daripada nikmatMU daripada kurniaan daripada sesiapa di kalangan hambaMU tidak ada daripada sesiapa melainkan daripada Engkau wahai Tuhan bagi Engkaulah pujian, bagi Engkaulah kesyukuran"... insan jika dia nak bersyukur kepada Allah, tak terdaya.. jika kamu hendak menghitung nikmat Allah, kamu tak mampu.. bila kita melihat hidup ini secara keseluruhan, kita akan rasa..YA ALAH...hidup ini apa yang Allah kurniakan kepada kita lebih dari harapan kita sebenarnya..kalau kita ingat daripada hari kita dilahirkan, tempat kita dilahirkan, rumah kita dilahirkan, sehingga tempat kita ada pada hari ini.. SUBHANALLAH... tak dapat nak di ucapkan berapa kali nak sebut pun tak mampu..

" pesanan Nabi buat umatnya..."

ketika orang-orang yang kafir itu mengeluarkan dia ketika dia salah seorang daripada dua, Nabi dan Abu Bakar..ketika mereka berada di dalam gua, ketika Nabi berkata kepada sahabatnya ...


" JANGAN BERSEDIH, SESUNGGUHNYA ALLAH BERSAMA KITA !"