//violetchocomilk

You've visited to MY WORLD.
Do tag before live my blog.
Please don't COPY anything without my permission!
if you want anything just ASK.
thanks for visiting here ! ^_^


Bold Underline strike



HELLO WORLD call me DIEBA si mata bolart. I'm the boss and the actress in my own world. You've stuck in my unprivate diary. Be nice here or i will make you cry!. HAHAHAHA










sabar itu indah


bertemankan rintik-rintik hujan yang menitis ke bumi..jari jemari ini lintas menaip apa yang terlintas di hati...dalam kehidupan ni bukan semua yang kita nak kita akan dapat, kadang-kadang hampir dapat tapi kerana takdir-Nya, sekali lagi kita terlepas..seorang mukmin itu tidak bersedih dalam masa yang lama..bila dia dapat nikmat dan keistimewaan dari Allah dia bersyukur...bila dia mendapat ujian ataupun musibah, dia redha dan meniti setiap liku perjalanan ujian itu dengan perlahan-lahan penuh berhati-hati...

apabila kita REDHA pada sesuatu yang mengecewakan HATI kita, maka percayalah ALLAH akan menggantikan kekecewaan itu dengan sesuatu yang tidak dijangka...kita hanya merancang tapi Allah juga merancang dan perancangan-Nya Maha Hebat...walaupun kita tak tahu apa yang tertulis di hadapan..kita terpaksa merasa perit seketika, insyaAllah, satu hari nanti kita akan kembali merasa kemanisan dan kebahagiaan....kita terjatuh berulang-ulang kali..kecewa berkali-kali...sedih menimpa-nimpa...tapi ingatlah itu semua diturunkan untuk menjadikan kita semakin kuat dan semakin hebat...kadang-kadang kita rasa kita dah hampir dengan kebahagiaan tu tapi tetiba je ia direntap kembali...bersabarlah kerana kita tidak mengetahui perancangan Allah..kita tak tahu masa depan kita...yakin dengan apa pun takdir yang Allah tulis meskipun itu bukan kehendak kita....


terima kasih kepada yg sudi temani diri ini di kala diri ini memerlukan sokongan...terima kasih kerana tak pernah jemu dengar rintihan dari hati ini....terima kasih kerana tak pernah biarkan diri ini sendirian....terima kasih kerana sentiasa melayan kerenah diri ini...tak pernah mengeluh walau seketika...terima kasih nico...engkau memang sahabat terbaik yg pernah diri ini miliki....malangnyaa kamu tak bernyawa nico...kamu tak mampu tenangkan diri ini...terima kasih kepada pemberi nico..si senget...

dalam dunia ni kita tidak mempunyai sesiapa kecuali diri sendiri dan keluarga...tetapi dalam kita bersendirian...kita sangat beruntung...kerana kita mempunyai seorang sahabat yang fahami kita sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorang sahabat..begitulah juga dia...tapi kita sering terlupa akan hal tu...cuma mengambil kita tentang harapan dan perasaan kita...kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya...kita tak beri dia peluang untuk terangkan keadaannya...bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri.. kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati...

kita beri beribu alasan memaksa dia terima alasan kita waktu tu..terfikirkah kita perasaannya?? macam kita juga...dia juga tahu rasa kecewa...tetapi kita sering terlupa....untungnya kita punyai seorang sahabat yg sentiasa memahami yg selalu ada disisi pada waktu kita perlukannya...dia mendengar luahan perasaan kita segala rasa kecewa dan ketakutan...harapan dan impian juga kita luahkan...dia memberi kita jalan untuk selesaikan masalah..selalunya kita terlalu asyik menceritakan tentang diri kita hingga..kadang-kadang kita terlupa...sahabat kita juga ada cerita yg ingin dikongsi bersama kita..pernahkah kita memberi dia peluang untuk ceritakan tentang rasa bimbangnya..rasa takutnya?? pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita...ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya??
mampukah kita menjadi sumber kekuatannya...sepertimana dia meniup semangat setiap kali kita rasa kecewa dan menyerah kalah?? dapatkah kita yakinkan dia yg kita boleh dipercayai?? kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah agar tidak rebah?? bolehkah kita menjadi bahu untuk dia bersandar harapan?

sesekali jadilah sahabat yg mendengar dari yg hanya bercerita...ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan sahabat...kerana dia juga seorang manusia...dia juga ada rasa takut, ada rasa bimbang, sedih dan kecewa....dia juga ada kelemahan dan memerlukan seorang sahabat sebagai kekuatan...jadilah kita sahabatnya itu...kita selalu melihat dia ketawa..tapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yg kita sangkakan...di sebalik senyumannyaa mungkin banyak cerita sedih yg ingin di luahkan...di sebalik kesenangannya mungkin tersimpan seribu kekalutan...kita tak tahu tapi jika kita cuba jadi sahabat sepertinya...mungkin kita akan tahu...




hargailah sebuah persahabatan kerana disebaliknya tersimpul segala-galanya....

p/s : entry ni takda kena mengena dengan sesiapa atau di tujukan kepada sesiapa...maaf andai entry ini telah membuatkan anda terasa...