//violetchocomilk

You've visited to MY WORLD.
Do tag before live my blog.
Please don't COPY anything without my permission!
if you want anything just ASK.
thanks for visiting here ! ^_^


Bold Underline strike



HELLO WORLD call me DIEBA si mata bolart. I'm the boss and the actress in my own world. You've stuck in my unprivate diary. Be nice here or i will make you cry!. HAHAHAHA










Kasih Sayang Allah itu Besar


Assalamualaikum !!!
setelah berbulan-bulan tak mengemaskan viila ni..hari ini terasa penat mengemasnya....fuhhhh... banyak habuk-habuk yang perlu di bersihkan... akhirnyaaa bersih kembali villa ini.... (seronoknya rasa hati...sambil buat lompat bintang ).. Dalam beberapa bulan diba menghilangkan diri dari mencoret kisah di sini, banyak perkara yang dah berlaku dan berubah....tak sangka masa sungguh pantas berlalu tanpa menunggu kita.....nak tau ape kisah yang telah terjadi?? jom baca dengan selanjutnya......



kenal si comel ni siapa? bukan teddy bear dekat belakang tu.... ni laa irine .... si comel yang telah bergelar isteri dan ibu.... woooowwww... dulu masa tak busy, masih ingat lagi dia update pasal susu kambing dia tu....suka bebenor dia dengan susu tu....tuptup dah melahirkan anak...comel sesangat secomel ibunyaaa....


yeahhhhh !!!! ni laaa anak irine yang comel tu... FISKA MEDINA namanya...unik ! semoga kamu menjadi anak yang solehah dan berbakti pada ibu ayah awak ye sayang.... =)


bohong sesangat siapa tak kenal akak pelik ni...si MARIA ELINA .... akak ipar kepada doktor blogger yang cantik iaitu FATIN LIYANA.... dah la cantik pandai lak tu....last cerita yang tahu pasal akak pelik yg sweet ni dia kahwin dengan abang si FATIN LIYANA.... tuptup semalam blogwalking, rupanya dah ada great news.... sama cerita dengan si intan ... isteri tersayang dak ipang tu....hehehehehehe...dorang ni mom-to-be.... seronoknyaaaaa.....tahniah akak berdua.... !!! masa saya belum tiba lagi...hehehe...


dah kenapa tengkorak ni di cucuk dgn banyak syringe...
sumber : pakcik google

 sebenarnya diba busy sikit sekarang ni...nasib baik la tengah semester break...tu pon seminggu je...jadi laaa untuk betulkan urat2 otak ni yang dah berselirat....yela pegi kelas seawal 8 pagi...balik kelas 5/6 petang...rehat jap tunggu maghrib...malam buat homework lecturer bagi...kadang-kadang tertido masa buat homework.... mesej dengan yang tersayang pon selalunya separuh jalan...nasib baik dia sangat memahami diba....dalam mengejar impian untuk menjadi seperti doctor blogger cantik kita si FATIN LIYANA tu.... kerja keras sangat penting.... guess what??? apa yg buat diba busy selama ini....siapa dapat teka, diba belanja aiskrim baskin robbin menggunakan duit korang tapi atas nama diba...hehehe...gurau-gurau jelaaaa....


sumber : pakcik google

dalam sebok-sebok pon, kesihatan mental paling penting....fizikal sihat tak bermakna mental kita sihat...kesihatan yang paling susah nak jaga adalah kesihatan mental...bila kita under pressure yang tinggi, kita boleh jadi gila...tu paling diba takut....ingat tak si senget yang diba ceritakan dulu...??? dia la yang selalu ingatkan diba tentang kesihatan mental dan fizikal...nampak tak kasih sayang di situ?? hehehe....eh jangan nak mengada ye...diba je yang boleh sayang dia....orang lain tak boleh selain keluarga dia dan kawan-kawan baik dia....hehehe...nampak tak kedekut diba di situ?? diba akui diba kurang ambil berat pasal kesihatan mental diba...sehinggalahhhh ini terjadi....


asthma attack !!!
(tapi sekarang dah ok....alhamdulillah)

sumber : pakcik google

gembiranya hati ini apabila dapat mendengar siulan burung-burung di angkasa bebas menebarkan sayapnya....kegembiraan itu terpancar melalui senyuman namun segalanya yang tersirat hanya hati yang memahami...terkadang rasa hidup ni macam kosong...macam hanya kita keseorangan di pentas lakonan dunia ini...Dalam orang lain bersuka ria, janganlah kita lupa pada yang sedang bersedih....bersamalah mereka kerana mereka juga berhak untuk bersuka-ria....hidup ini sangat indah.... Allah berikan kita banyak nikmat...nikmat untuk bernafas, nikmat untuk makan, macam-macam lagi laaa.... tapi kita tak pernah bersyukur apabila Allah memilih kita untuk di uji...Allah sayangkan setiap hamba-Nya...Allah turunkan ujian kerana rindukan rintihan kita kepada-Nya...

sumber : pakcik google

seringkali kita mengeluh dan mengadu, kenapa Allah tidak habis-habis uji kita...kadangkala di beri ujian yang sama setiap kali...setelah satu, datang pulak masalah yang lain...setelah habis dicuba dengan ujian yang merumitkan, didatangkan pula ujian yang menyesakkan dada... sungguh indah perancangan Allah dalam mentarbiyah manusia...Allah yang Maha Mengetahui menguji manusia pada titik-titik kelemahan diri kita..pada titik-titik yang lemah itulah, bertubi-tubi Allah datangkan ujian kepada hamba-Nya...di ruang-ruang yang lemah itu, Allah datangkan ujian maha berat sehingga manusia merasakan dia tidak lagi terdaya memikulnya...Allah menciptakan manusia dengan kelemahan, namun Allah tidak membiarkan kita terus menerus hidup dalam kelemahan tersebut.. maka Allah datangkan ujian bertimpa-timpa pada titik kelemahan tersebut sebagai latihan untuk membina SEBUAH KEKUATAN...

seseorang yang diuji Allah dengan kekurangan harta, maka pada titik harta itulah Allah berterusan mengujinya...Allah uji dengan ketidakcukupan wang dan harta... Allah uji dengan kesempitan rezeki... Allah uji dengan pelbagai masalah yang memerlukan wang yang banyak... kita seringkali menonton drama kehidupan manusia dalam drama-drama di kaca televisyen mahupun layar perak memaparkan mengenai kehidupan manusia yang diuji dengan harta... pelbagai drama ujian melanda seorang yang miskin, diuji dengan kesempitan wang, kemudian diuji pula dengan kehilangan pekerjaan, kemudian diuji pula dengan ahli keluarga yang sakit yang memerlukan belanja besar dan ujian-ujian susulan yang memerlukan wang yang banyak...

seseorang individu yang lemah dalam perhubungannya sesama manusia, diuji oleh Allah dengan pelbagai masalah melibatkan hubungan sesama manusia... ada yang diuji dengan penceraian antara suami dan isteri, ada pula yang diuji dengan pertelingkahan sesama ahli keluarga, ada yang bertengkar antara jiran tetangga ada pula sahabat baik yang diuji dengan perselisihan, dan ada juga yang dikeruhkan hubungan antara pemimpin dengan mereka yang dipimpin.. di titik kelemahan itu, Allah datangkan dengan pelbagai ujian yang berat untuk ditanggung manusia...


sumber : pakcik google

oleh itu, ujian yang Allah datangkan itu sebenarnya adalah untuk memberikan kebaikan kepada kita.. Allah sebenarnya ingin memberikan kita kekuatan dan menghilangkan kita dari kelemahan-kelemahan itu..maka, Allah menguji kita pada titik kelemahan itu agar dengan ujian itu, titik kelemahan itu akan menjadi salah satu kekuatan bagi individu tersebut... Allah berikan ujian sebagai guru untuk mendidik kelemahan kita..untuk mengubah suatu kelemahan kepada sebuah kekuatan...tidak mudah untuk mengubah kelemahan diri...

buat mereka yang diuji dengan harta, maka bertabahlah..kerana pasti Allah menginginkan kebaikan dari kamu... berbahagialah dengan janji Rasulullah pada kamu bahawa syurga menanti kamu sekiranya dengan kemiskinan dan kesusahan itu, kamu bertakwa kepada Allah...buat mereka yang diuji melalui hubungan dengan manusia, berbahagialah kamu kerana Allah menginginkan kebaikan pada kamu melalui jalan sabar...pada ujian itu, Allah ingin mendidik kesabaran, menetapkan hati dan memperkukuhkan iman... moga dengan kesabaran itu, pintu syurga terbuka buat kamu...

"... dan kami jadikan sebahagian dari kamu sebagai ujian dan cubaan bagi sebahagian yang lain, supaya ternyata adakah kamu dapat bersabar... "
(surah Al-Furqan ayat 20)


buat insan yang diuji Allah...semoga Allah memberi kekuatan kepada kita untuk menempuhinya dengan tabah dan sabar... BERDOALAH....

khas buat awesome.... =)

ruang yang kosong di hati manusia selalu tercari-cari untuk di isi sama ada dengan kasih sayang, harapan mahupun dengan semangat...tetapi kadang-kadang, apa yang datang pada kita bukan seperti yang kita harapkan... yang ada cuma kekecewaan, kesedihan dan kesunyian.... semoga hari ini ketabahan dan kesabaran menemani kita... IN SHAA ALLAH hari esok ALLAH akan anugerahkan azimat pengubat duka semalam...



Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim, ampunilah dosa rakan-rakanku,
aku sayang semua rakanku, berikanlah Taufiq dan HidayahMu kepada mereka..
mudahkanlah segala urusannya, murahkanlah rezekinya...
kurniakanlah mereka keluarga yang bahagia bersama anak-anak yang soleh dan solehah
Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim,
tanamkan perasaan kasih dan sayang aku kepada rakan-rakanku,
dan tanamkan perasaan kasih dan sayang mereka kepadaku,
agar kami saling mengasihi...
Amin Ya Rabbal a'lamin "