kemaafan yang tertunda......
manusia mana ada yang sempurna...mesti ada melakukan kesalahan...tak kira besar atau kecil...terkadang manusia tidak mengendahkan kemaafan yang dipohon... selagi boleh hukum selagi tu akan di hukum...cuba pikir sejenak...kalau kita yang bersalah, dan memohan kemaafan atas orang yang telah kita buat salah...tapi orang tu buat endah tak endah je dengan kemaafan yang kita tagihkan...pe perasaan kita?? orang tu nak tak nak je layan kita...pe hati kita rasa...mesti sedihkan...kita dah ngaku kita salah tapi kemaafan kita tak di terima...rasa nak lari sampai hujung dunia kan...terasa tak ada orang yang sudi bimbing kita untuk memperbaiki keadaan...
apabila seseorang menyayangi kita, kita tak perlu bertanyakan hal itu kepadanya...
cukup sekadar kita perhatikan layanannya kepada kita kerana tingkahlakunya adalah perasaan sebenar di hati dan jiwanya....
perempuan cepat menangis, cepat terasa, kuat merajuk, cepat cemburu....
bukan sebab mengada-ngada tapi Allah cipta hati mereka lemah dan lembut....
kadang-kadang gred peperiksaan tak dapat mengukur kecerdikan seseorang...
dan kadang-kadang umur juga tidak dapat mengukur kematangan seseorang...
semua itu hanya angka....
hidup ini ibarat main GAME...
makin lama, LEVEL makin susah...
nak BERJAYA, kene usaha...
kalau rajin, dapatlah BONUS...
tapi kalau GIVE UP???
GAME OVER lah jawabnya...
doa tak selalu memperbaiki hati yang hancur,
tetapi doa mampu mengubahnya menjadi sumber kekuatan dan penenang kalbu...
jika dirimu merasa sedih,
pandanglah ke langit...
kau akan sedar bahawa ALLAH SENTIASA BERSAMAMU....
jika saya yang bertakhta di hati awak,
sayangi saya sejujur hati awak...
jika saya yang awak rindui,
simpan saya jauh dalam hati awak..
jika saya yang selalu menyakiti hati awak,
maafkanlah saya kerana itu bukan niat saya....
jika saya antara orang yang awak tak mahu kenang lagi,
ajar saya untuk memahami awak...
ketahuilah bahawa awak akan selalu dalam hati saya kerana saya amat bersyukur memiliki awak...
marah macam mana pun saya pada awak,
saya tetap tunggu text dari awak walaupun untuk berjam-jam...
saya nak awak tahu, saya tetap rindu awak...
rindu suara awak,
rindu senyuman awak...
rindu ejekan dari awak...
rindu gelak tawa awak...
rindu panggilan sayang dari awak...
saya rindu awak....
tapi saya tak mampu...
di dalam BISIKAN DOA...
ada SEGARIS NAMA yang ku mohon pada Allah...
seandainya benar dia,
semoga ALLAH permudahkan semuanya...
ku sampaikan SALAM RINDU,
moga kamu akan terus BAIK-BAIK saja...
dan moga ALLAH MENJAGA kamu,
seperti mana DIA menjagaku....
saya minta maaf...
sebab langsung tak mampu jadi PELANGI indah buat awak...
tapi saya berusaha menjadi BINTANG yang paling terang ketika waktu malam...
agar awak tak pernah KESEPIAN dalam keheningan tika KESEORANGAN...
TERKADANG,
Allah hadirkan insan-insan yang BAIK di sekeliling kita,
mungkin kerana mereka,
WASILAH buat diri kita,
untuk terus TETAP dalam kebaikan...
TERIMA KASIH...
TAKDIR kadang-kadang MEMPERTEMUKAN kita dengan sesuatu yang tidak diundang,
MEMBERI apa yang tidak dirancang,
MEMAKSA kita mengalirkan air mata kesedihan serta membuatkan kita rasa kehilangan...
namun takdir juga menerpa kita dengan erti PERKENALAN...
menyulamkan erti kasih sayang,
menanam erti PERSAHABATAN,
menghadiahi kemanisan dalam kegembiraan,
menyemai benih KEAKRABAN,
serta memberi peluang menilai SIAPA SAHABAT, siapa KAWAN dan siapa sekadar KENALAN yang mengisi ruang dalam episod kehidupan....
kadang dengan cara menangis,
ia boleh membuat seseorang yang sedang bersedih
letih dan tidur dengan lena untuk melupakan masalah...