//violetchocomilk

You've visited to MY WORLD.
Do tag before live my blog.
Please don't COPY anything without my permission!
if you want anything just ASK.
thanks for visiting here ! ^_^


Bold Underline strike



HELLO WORLD call me DIEBA si mata bolart. I'm the boss and the actress in my own world. You've stuck in my unprivate diary. Be nice here or i will make you cry!. HAHAHAHA










sweet like lolypop
peluang akan sentiasa ada tapi peluang takkan sentiasa menjadi hak kita....kita kena berani merampas peluang kerana peluang yang baik takkan datang berulang kali....kita hidup bukan sebab oksigen, kita hidup dengan IZIN Allah...masa kita mati pun, oksigen masih ada...cuma Allah tak IZIN kita gunakannya...sama macam kehidupan sekarang....selagi di IZINkan gunakan oksigen, gunakanlah dengan sebaiknyaa...kadang kala apa yang di impikan tak menjadi kenyataan..memang sedih rasa hati..tapi hidup kene di teruskan juga....



dulu kalau sedih, suka pandang langit pada waktu malam bercakap dengan bintang...tapi kali ni, something new yang berlaku....bulan, bintang, kapal terbang , ikan yang melompat-lompat keriangan menjadi saksi sebuah kenangan terindah....tak pernah menjangkakan kenangan ni akan terjadi...terima kasih YA ALLAH kerana dengar doa diba selama ini....dulu dia mencari ke mana hilangnya sinaran sang suria sampaikan hampir hilang arah kehidupan....tapi kali ini...Allah pertemukan dia dengan cahaya bulan dan bintang...diba harapkan cahaya bulan dan bintang tu dapat kembalikan senyumannya yang hilang dahulu....

macam mana laaaa boleh terluah segala perasaan tu...malu memang tahap dewa19....sebenarnya memang dah terluahkan pon tapi boleh lak dia nak tahu dari mulut diba sendiri...berhadapan dengan dia lak tu...adoiii..memang malu tak terkata laaaa....memang pada mulanyaa tak terluah....blushing tak payah cakap laaa...nasib baik malam...orang tak nampak sangat...kalau tak double cheese burger malunyaaaa....hahaha...lapar la pulak bila cakap pasal makanan...

dari benci jadi sayang...tu la taknak dengar kata pepatah lagi...bencilah seseorang tu berpada-pada..jangan sampai satu hari nanti, yang di benci tu la yang di sayangi....hahahaha...kan dah termakan dengan kata pepatah...hambek ko !!!....tapi...macam mana dan sejak bila diba ada perasaan tu...tak pernah sedar lak....dulu sedaya upaya cakap kat diri sendiri jangan sampai ada perasaan pape....yelaaa dulu dia hak orang lain....kene la jaga hati orang lain....yela kalau kita lukakan hati orang lain tu, nanti hati kita akan di lukakan double triple cheese burger....asal makanan je keluar ni...ish3...

walaupun apa yang terjadi antara kita sekarang, biar kita je tahu...jangan hilangkan persahabatan yang kita bina...kerana sebuah hubungan di mulai dengan persahabatan...dari persahabatan jalinnya sebuah ikatan....terima kasih kerana bisikkan kata-kata pada ombak untuk di sampaikan ke hati ini....terima kasih kerana beri peluang pada hati kecil ini untuk menyayangi...terima kasih YA ALLAH kerana telah menukarkan rasa benciku dengan rasa sayang....terima kasih sang ombak kerana temani dan beri kekuatan pada diba untuk meluahkan apa yang terpendam selama ini....terima kasih untuk kenangan terindah....terima kasih pada TASHA MANSHAHAR dan SYED SHAMIN untuk lagu BE MINE !!

 bila yang tertulis untukku
adalah yang terbaik untukmu
kan ku jadikan kau kenangan
yang terindah dalam hidupku
namun takkan mudah bagiku
meninggalkan jejak hidupku
yang telah terukir abadi
sebagai kenangan yang terindah....

jika rasa cinta terbalas, maka bersyukurlah kerana Allah telah memberikan hidup lebih berharga dengan belas kasih-Nya...diba  mengharapkan Allah jagakan dia bagi pihak diba kerana diba tak mampu jaga dia macam mana Allah menjaga hamba-Nya...