//violetchocomilk

You've visited to MY WORLD.
Do tag before live my blog.
Please don't COPY anything without my permission!
if you want anything just ASK.
thanks for visiting here ! ^_^


Bold Underline strike



HELLO WORLD call me DIEBA si mata bolart. I'm the boss and the actress in my own world. You've stuck in my unprivate diary. Be nice here or i will make you cry!. HAHAHAHA










Konspirasi Perhimpunan BERSIH 2.0 (Akhir Zaman)
 ۩۞۩ سْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم ۩۞۩
Apa yang terjadi di TANAH MELAYU terkesan di seluruh Nusantara
Kami bawakan anda konspirasi ALTER TERAHSIA BANGSA MELAYU
UMNO = United Malays National Organisation
PAS = Parti Islam SeMalaysia
PKR = Parti Keadilan Rakyat
(Artikel Suntingan Oleh MISTISFILES dari terbitan Lodgekeeper )

((( Jadilah pencatur, bukan yang dicaturkan )))
Oleh: Lodgekeeper

Dalam pesanan ringkas ini,
saya ingin membawa semua pembaca supaya berfikir sejenak,
dan mengambil tindakan sesuai dengan logik akal.
Dalam dunia yang dipenuhi segala propaganda,
kita mesti bijak menapis segala maklumat yang ada,
bukannya menjadi seperti lembu yang dicucuk hidung.
Gunakan akal anda.
Bertindak dengan bijak.
  

Saya menujukan pesanan ini khusus kepada orang Islam di Malaysia atau Muslim Malaysia,
khasnya orang Melayu kerana mereka adalah tunjang kepada majoriti umat Islam di Malaysia.
Saya mulakan dengan realiti politik di Malaysia.
Kebanyakan dari kita tahu bahawa kita mengamalkan demokrasi.
Demokrasi secara mudah ialah kerajaan yang dipilih oleh rakyat.
Demokrasi menghendaki pemilihan oleh orang ramai,
maka untuk tujuan propaganda,
muncullah parti-parti politik.
Sekumpulan orang yang berkerjasama untuk meraih undi lebih berkesan
dari hanya satu individu bekerja untuk meminta simpati orang ramai.
Sistem ini menyebabkan timbulnya satu petua penting 
untuk menjadi juara demokrasi;
siapa meraih undi paling banyak,
dialah juara.
Maka untuk maksud ini,
muncullah hukum Machiavelli-matlamat menghalalkan cara.
Penganut-penganut demokrasi dihalalkan menggunakan apa jua cara
untuk mencapai undi paling maksimum.


Anda boleh memakihamun,
menjatuhkan maruah lawan,
mengeluarkan video lucah atau lompat parti.
Anda boleh merasuah pengundi,
menabur janji palsu atau menipu undi pos.
Anda juga boleh mencetak beribu-ribu kad pengenalan palsu,
memberi kerakyatan kepada warga asing
atau membenarkan pengundi mengundi dua kali atau berkali-kali.
Anda boleh membuat persempadanan semula,
merasuah suruhanjaya pilihanraya atau sekatan media.
Banyak cara sebenarnya anda boleh lakukan untuk meraih undi.
Ingat peraturan terpenting demokrasi ialah UNDI.
UNDI ialah Tuhan demokrasi.
Dari rakyat kepada rakyat.
Tidak kisah dengan cara apa sekalipun anda mendapatkan undi
tetapi anda mesti memiliki undi secukupnya untuk menang.


Dalam sistem demokrasi,
dari 9 orang bodoh dan seorang yang bijak,
sistem akan mengangkat salah seorang dari orang-orang bodoh itu.
Orang yang bijak itu hanya memiliki kebarangkalian 
0.00000009% untuk menang.
Maksudnya orang bijak itu mustahil untuk menang sehinggalah 
kesemua orang bodoh tadi mati.


Jadi,
adakah kini kita menjadi pencatur atau kita sendiri dicaturkan?


Dalam sistem Islam,
secara ringkasnya,
kita mempunyai satu majlis pemilihan yang dinamakan Syura.
Syura ini terdiri dari kalangan bijak pandai,
alim ulama,
mereka yang terpilih hasil sokongan orang ramai.
Syura bukanlah kerajaan,
tetapi mereka bertanggungjawab untuk memilih kerajaan.
Jadi nampak di sini,
bahawa kebarangkalian untuk mendapat kerajaan yang bodoh amat tipis.
Orang bijak yang memilih kerajaan,
bukan majoriti.
Ini adalah sistem Islam.
Ini adalah sistem yang diajar oleh Nabi Muhammad s.a.w.
Ketika nabi wafat,
para sahabat nabi yang terpilih berbincang untuk 
memilih pengganti nabi
bagi memikul tanggungjawab memimpin umat Islam.
Para sahabat tidak mengadakan pilihanraya.
Mereka tidak menubuhkan parti.
Mereka tidak terjerit-jerit di jalanan.
Para sahabat nabi tidak kenal apa itu demonstrasi atau 
tunjuk perasaan.
Mereka tidak hantar memorandum ke pada raja Mekah.
Mereka hantar doa hanya kepada Allah Azza Wa Jalla.
Mereka bermesyuarat dan melaksanakan solat istikharah.
Bukan buang masa terpekik terlolong di jalanan.


Adakah kita menjadi pencatur atau kita dicaturkan?


Dalam situasi di negara kita,
kita maklum bahawa sistem politik yang diamalkan ialah
demokrasi BUKAN SISTEM ISLAM.
Ini hasil penjajahan pemikaran orientalis di seluruh dunia.
Bukan sahaja kita yang terkena,
malah Thailand sebagai contoh juga mengamalkan demokrasi
walaupun majoritinya Buddha.
Ini boleh dipertimbangkan kerana
Gautama Buddha tidak pernah mengajarkan 
sistem politik kepada murid-muridnya.
Namun Islam telah mengajarkan bagaimana 
untuk menguruskan pemerintahan.
Bagaimana untuk mentadbir sebuah negara.
Sistem Syariah di Malaysia berjaya mendaulat bab munakahah,
iaitu hal ehwal kekeluargaan Islam.
Sistem ekonomi Malaysia semakin maju mendaulatkan bab muamalat,
urusan sesama manusia dalam konteks ini,hal ehwal kewangan Islam.
Sistem ekonomi Islam baru popular sejak pertengahan 90-an setelah 
orang ramai nampak keberkesanannya,
dan ia adalah pilihan (option) yang terbaik bagi mereka
yang ingin lari dari sistem kapitalis yang bertuhankan kadar faedah,
bunga atau penindasan ekonomi.
Bila orang hendak kahwin,
mereka mahukan syariat.
Bila mahu berurusan dalam jual beli atau kewangan,
mereka mahukan syariat.
Namun bila mahu mentadbir negara,
mereka buang syariat.
Adakah hukum AlQuran boleh diambil dan dibuang sesuka hati?
Di dunia,
anda boleh terlepas bebas,
namun di akhirat anda tidak boleh lari.
Cukuplah dengan kenyataan bahawa anda dan saya akan 
mati suatu hari nanti.
Adakah saya dan anda boleh lari dari kematian?
Tunku Abdul Rahman,
Tun Abdul Razak
dan Tun Hussein Onn telah dipanggil pulang oleh Ilahi dan 
mereka akan ditanya,
mengapa tidak jalankan hukum-Nya ketika memegang 
kuasa nombor satu di Malaysia?
Mereka pasti ditanya sebab hukum-Nya tertulis jelas dalam AlQuran.
Adalah Allah s.w.t menurunkan hukum Hudud hanya untuk dipermainkan?
Adakah hukum Hudud boleh dijual dengan 
harga 'Negara Kebajikan'?
Apa itu 'Negara Kebajikan'?
Rasulullah s.a.w pernah atau tidak bercakap tentang Negara Kebajikan?
Mengapa begitu bodoh sekali sehingga menggadaikan hukum-Nya 
di telapak kaki musuh-musuh Islam?


Ingat,
jika anda berusaha sepanjang hidup anda untuk menegakkan hukum-Nya
namun masih tidak berjaya,
anda memiliki alasan di hadapan Allah di akhirat nanti.
Namun apabila anda buang hukum-Nya
dan menggantikan dengan 'Negara Kebajikan' atau seangkatan dengannya,
apakah lagi alasan anda di hadapan Allah?
Anda layak diletakkan di kelompok para Sekular dan Komunis yang anda kecam
dan makihamun semasa di dunia.


Jadi,
adakah kita menjadi pencatur atau kita dicaturkan?

 

Mari kita lihat apa yang ada di atas papan catur.
Kita ada UMNO,PAS dan PKR yang dipimpin oleh Melayu Islam.
Kita ada DAP sebagai paksi politik yang dipimpin oleh non-muslim.
Selebihnya ialah NGO.
NGO ialah badan bukan kerajaan seperti Sister In Islam,Suaram,
Perkasa dan lain-lain.
Dalam sesetengah keadaan,
NGO ini adalah sebenarnya parti dalam parti.
Mereka mampu mencatur politik sesebuah parti.
Dalam isu terkini,
seperti isu Bersih 2.0,
kita sebagai orang Islam,
khasnya orang Melayu kena berfikir matang dan waras.
Pertamanya,
siasat latarbelakang SIAPA YANG MENGGERAKKAN IA.
Siapa penganjurnya,
siapa pendukungnya?
Jika anda tahu siapa di belakangnya,
anda kaji,
apakah pandangan sosio-politiknya,
fikrahnya atau halatujunya.
Jika anda tahu siapa penggeraknya,
tanya diri adakah aku perlu menyokongnya?

Perempuan keturunan INDIA
yang telah diWARGENEGARAkan menjadi rakyat Tanah MELAYU
(hari ini dengan lantang membuat sesuatu
yang anda sendiri tak selesa untuk melihatnya)
Baca apakah motif mereka mengadakan perhimpunan tersebut.
Tanya diri,
adakah menjadi keperluan untuk aku sertai mereka?
Orang Melayu kena bijak,
kerana mereka adalah target yang akan dimangsai cukup-cukup 
dalam Bersih 2.0 nanti.
Bagaimana?
Anda kena baca tentang PAS yang berjanji akan menggerakkan 
kira-kira 300,000 orang
untuk menyertai perhimpunan itu.
Siapa mereka?
Orang Melayu-Islam.
Adakah kita mendengar tentang janji DAP atau Hindraf
untuk menggerakkan dengan jumlah yang sama untuk Bersih 2.0?
Adakah anda terbaca,
DAP akan menggerakkan 300000 orang Cina untuk menyertai Bersih 2.0?
TIDAK.
Tidak ada janji seperti itu.
Maka yang akan terpekik terlolong adalah Melayu-Islam.
Yang buat kerja adalah Melayu Islam.
Yang memerhati adalah musuh-musuh Melayu-Islam.
Yang buang masa di tengah panas adalah kita,
yang tolong tengok adalah mereka.
Kemudian kita tengok di manakan mereka akan BERKUMPUL.



Mereka akan berkumpul di SOGO,
Masjid Kampung Baru dan sekitar Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.
Saudara-saudaraku,
ini tempat lepak orang Melayu.
Lihat,
masjid Kampung Baru ada dalam senarai.
Mengapa mahu berkumpul di masjid,
tidak di gereja atau tokong?
Penganjurnya ialah non-muslim yang memusuhi Islam.
Mengapa gunakan masjid?
INI ADALAH UNTUK MENGUMPULKAN MELAYU-MELAYU
 BODOH BAGI TUJUAN DIPERGUNAKAN.
Mengapa berkumpul di SOGO,
bukan di Low Yatt atau Bukit Bintang?
Sebab SOGO dan sekitarnya tempat biasa orang Melayu 
membeli belah dan 'hang out'.
Sekali lagi...
ADALAH UNTUK MENGUMPULKAN MELAYU-MELAYU 
BODOH BAGI TUJUAN DIPERGUNAKAN.
 Mengapa di kawasan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur,
bukan di depan Berjaya Times Square?
Why?
Why my brothers?

Jadi,
adakah kita menjadi pencatur atau kita dicaturkan? 

Cukup.
Cukup kita dipergunakan.
Jangan ulangi lagi kesilapan yang lalu.
Bersih 2.0 didokong oleh non-muslim yang memusuhi kamu 
orang Melayu dan agama Islam.
Hamba rakyatnya ialah ahli-ahli PAS dan orang-orang Melayu PKR.
Untuk tidak nampak dipergunakan,
beberapa orang Cina dan India (non-muslim) akan turun
untuk beri semangat kepada Melayu-Melayu bodoh ini 
untuk terpekik terlolong di jalanraya.
 Majoriti akan mengambil sikap tunggu dan lihat.
Provokasi dijalankan,
hasilnya Pemuda UMNO dan Perkasa bangkit untuk menentang.
Namun pendekatan Perkasa bodoh dan tidak matang.
Mereka mengambil pendekatan kasar dan tidak berhikmah.
Mereka menjadi rasis secara tidak bijak dan terang-terangan.
Hasilnya ia tidak disenangi oleh Pemuda UMNO.
Mereka berselisih pendapat.
Ketika Pemuda UMNO dan Perkasa bercakaran,
musuh-musuh Melayu dan Islam terus menjalankan
 provokasi dan propaganda.
Silap haribulan,
yang bertempur di jalanan nanti adalah Melayu PAS dan PKR,
Melayu UMNO dan Melayu Perkasa.
Non-Muslim akan bertepuk tangan
dan menonton hiburan percuma ini sambil bergelak ketawa di hadapan tv.


Pas menjadi bingung hanya kerana dibuai mimpi demokrasi.
Tunjuk perasaan dan demonstrasi jalanan adalah salah satu instrumen demokrasi
sebagai satu cara kempen menentang yang dibenarkan.
Pas telah menjadi hamba demokrasi dan terpaksa mengikut tarian demokrasi.
Masuk pilihanraya,
dia masuk pilihanraya.
Berkempen,
oklah...
dia pun berkempen.
Raih undi,
dia pun raih undi.
Bila kalah,
maka demokrasi pun suruh PAS tunjuk perasaan.
Pas pun tunjuk perasaan.
Pas mencapai satu tahap di mana matlamat perjuangannya ialah MENJATUHKAN UMNO.
Tidak kira walaupun matlamat menegakkan Negara Islam dibuang jauh-jauh
dengan menggantikannya dengan konsep Negara Kebajikan.
Rasulullah s.a.w tidak pula menjalankan Negara Kebajikan
untuk mengambil hati Yahudi Bani Quraizah,Qainuqa atau Majusi dan Nasrani di kota Madinah.
Mengapa untuk mengambil hati DAP dan sekularis PKR,
maka hukum Allah boleh diketepikan?


Siapa yang masuk tong najis,
maka dia akan terpalit najisnya.
Pas terpaksa menanggung segala kebodohan ini
sebab dia bermain dalam demokrasi.
Lihat PKR,
dia tidak pandai hidup dalam tong najis,
maka dialah yang paling hina dilemaskan dalam air tahi.
Yang pandai bermain tahi setakat ini adalah UMNO dan DAP.
Menariknya DAP memijak kepala PKR dan PAS untuk 
'bernafas' di dalam tong najis.
Sekarang UMNO yang memiliki tong najis
dan dia berhak mengawal tong najis supaya najis-najis tetap 
hidup segar bugar dalam tong.
Penjajah mengajar UMNO
supaya jangan bersihkan tong najis.
Jadi dia selesa memeluk tong najis.


Saya berpesan kepada saudara-saudara sayasupaya fikirkan tentang ini.
Kali ini kita buat seperti kaum Cina buat setiap kali ada isu,iaitu TUNGGU DAN  LIHAT.
Jangan turun ke perhimpunan.
Biar Ambiga dan kuncu-kuncunya terpekik terlolong dalam panas.
Ingat,
biar mereka yang buat kerja,
bukan kita.
Kita terlalu mulia untuk terpekik terlolong macam anjing di jalanan.
Jangan biarkan Ambiga selesa di pejabat memantau kita yang terpekik terlolong,
paksa dia turun dan paksa dia terpekik terlolong.
Kita diam dan saksikan sahaja dia menjerit.
Ahli PAS,
buat macam ini.
Tolong.
Anda kena bijak.
Ini bukan pasal UMNO yang anda benci sampai ke mati,
INI DEMI ISLAM YANG TERCINTA.

Kita kena membezakan perjuangan menentang UMNO
dengan perjuangan menentang musuh-musuh Islam.
UMNO adalah saudara kita yang diberi dadah oleh musuh Islam.
Kita kasi cantas dahulu musuh Islam.
Kemudian kita rawat UMNO,
ajak mereka ke masjid,
solat berjemaah.
Beritahu mereka kebesaran Allah s.w.t.
Keluarkan dari hati mereka kebesaran makhluk.
Masukkan kebesaran Allah ke dalam hati mereka.
Beritahu mereka keindahan Islam.
Hikmah melaksanakan perintah Allah.

Cintakan Allah,cintakan nabi.


Ingat,
caranya mesti tepat dan betul,
untuk menang di atas papan catur.
Tidak perlu saya beritahu adakah pesanan saya ini diizinkan untuk disebar atau tidak.
Adakah perlu turun ke perhimpunan atau tidak.
Jadilah pencatur,
bukan yang dicaturkan.

(BUT YET MANY OF YOU DENY)
~Lodgekeeper~
The Keeper of Royal  Malay
01 July 2011
Jumaat
06:00 pm
(Waktu Pekan Baru, Riau, Kepulauan MELAYU, Nusantara)



zoom untuk baca