Do tag before live my blog. Please don't COPY anything without my permission! if you want anything just ASK. thanks for visiting here ! ^_^
| kaulah wira negara
ku panjatkan seribu doa agar wira negara kembali pulih.... dengan semangat yang tinggi... BELIAU bangun untuk menamatkan perlawanan... diba bangga dengan kamu... AZIZULHASNI AWANG.... demi membawa kejayaan pada negara..... sanggup menahan kesakitan untuk tamatkan acara.... namun malang tidak berbau apabila betis kirinya tercedera akibat tertusuk serpihan kayu trek... AZIZUL terbabit dalam perlanggaran di selekoh terakhir namun semangatnya kental untuk meraih juara keseluruhan namu beliau hanya meraih tempat ketiga.... Perlumbaan itu dimenangi oleh Chris Hoy dari Britain. Pelanggaran kelajuan tinggi di selekoh terakhir itu turut membabitkan Kamil Kuczynski dari Poland, Edward Dawkins (New Zealand) dan Juan Peralta Gascon (Sepanyol). saat Azizul meneruskan semula kayuhan, Dawkins menolak basikal ke garisan penamat, manakala Peralta berlari tanpa basikal yang menyebabkan penyertaannya dibatalkan. Dengan serpihan kayu sepanjang 17.5 cm menembusi belakang betis ke tulang keringnya, AZIZUL menunggang semula basikal dan membuat henjutan semula untuk memenangi pingat gangsa dan terus dibawa ke hospital untuk pembedahan selepas itu. Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Datuk Zolkples Embong yang turut berada di Manchester menyaksikan kejohanan itu, berkata Azizulhasni menjalani pembedahan kecil bagi mengeluarkan serpihan kayu itu dan berdasarkan ujian imbasan X-Ray, serpihan kayu itu tidak mendatangkan kecederaan serius pada tisu betis dan tidak mengenai tulang Azizulhasni. “Azizulhasni memberitahu saya dia tidak berasa sakit dan hanya menyedari selepas berjaya menamatkan perlumbaan. Ketika dalam ambulans ke hospital, Azizulhasni yang menahan kesakitan masih sempat bercerita kepada saya mengenai hasratnya untuk mengejar pingat emas di Sukan Olimpik London 2012 nanti,” katanya. |