Do tag before live my blog. Please don't COPY anything without my permission! if you want anything just ASK. thanks for visiting here ! ^_^
| tabah an sanubarimu
"Airmata bagaikan mutiara di tengah padang pasir yang luas. Usah terlalu mudah menumpahkannya untuk satu berita sedih... tapi bangkitlah untuk membuktikan anda tak lemah hanya oleh Ujian perasaan. Dia yang mengecewakan anda bukanlah insan terbaik. Biar dia pergi hari ini daripada esok hari, kerna setiap yang bernama setiap hari itu adalah kelukaan yang lebih dalam... setiap kekecewaan hari ini sebenarnya lebih baik dari esok hari, sebab kekecewaan hari ini pastinya tak sedalam esok hari yang mendatang. Semakin dalam rasa cinta dan sayang anda, semakin sakitlah apabila anda dikecewakan.Marilah jadikan alam ini tempat yang lebih baik untuk menghirup udara bersih. Berdirilah di atas bukit dan sama-sama menikmati dinginnya hawa dan saujana pandangan, usah jadi pendaki yang tak pernah sampai dan akhirnya kecundang. Kitalah yang membawa diri kita sendiri ke puncak menara dan ke dalam jurang dalam... Fikir-fikirkanlah sendiri... Andainya hidup ini boleh difahami dengan kewarasan ia sesuatu yang amat indah dan mendambakan belaian sayang... Sayangilah diri... tinggalkanlah dengan langkah yang teratur andai anda terpaksa pergi... "jangan berdukacita atas sesuatu yang Allah Swt telah selesaikan urusannya untukmu. Kesempatan untuk anda jadikan hidup berkualiti sentiasa terbuka selama mana kita mahu berusaha."
|